Terma & Syarat

FOTOGRAFI

Servis fotografi ditawarkan kepada semua kaum di Malaysia. Jika pelanggan selain melayu pihak pelanggan dikehendaki menyediakan seorang jurupandu untuk kami agar tiada masalah komunikasi atau pelanggaran adat berlaku semasa kami bertugas. Pembayaran adalah dalam Ringgit Malaysia.
Servis fotografi untuk pelbagai majlis seperti, pertunangan, perkahwinan, perhimpunan masyarakat, keluarga, pelancaran produk, model dan lain-lain lagi.
Servis untuk seluruh negeri di Malaysia. Bagi negeri Sabah dan Serawak tempahan awal dan tambahan caj akan dikenakan.

Album & Pakej
 - Harga dan pakej akan dimaklumkan kepada pelanggan melalui whatsapp atau lain-lain medium maklumat.
- Harga pakej adalah tetap.
- Harga tidak termasuk caj luar kawasan.
- Perubahan harga akan dibuat berdasarkan keadaan ekonomi semasa.

Tempahan
 - Tempahan boleh dibuat 1 hingga 5 bulan sebelum majlis dan tertakluk kepada kekosongan.
 - Tempahan rasmi akan dikira selepas bayaran deposit diterima.
 - Deposit hendaklah dibayar semasa tempahan dibuat setelah bersetuju dengan harga pakej kami.

Deposit dan Bayaran
 - Bayaran deposit pada mula tempahan dibuat.
 - Bayaran penuh perlu dijelaskan 1 minggu sebelum majlis berlangsung.
 - Jika bayaran deposit atau bayaran penuh dilakukan secara "online" atau "bank transfer", sila email atau whatsapp bukti pembayaran tersebut kepada kami.
 - Pihak kami berhak menolak tempahan jika tiada pembayaran deposit dibuat.

Jurufoto
 - Pihak kami berhak mewakili mana-mana jurufoto yang difikirkan sesuai untuk bertugas.
 - Pertukaran jurufoto akan dimaklumkan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini atau kecemasan contohnya kematian atau kemalangan.
 - Jurufoto kami bebas menjalankan tugas sepanjang majlis tanpa gangguan dan arahan dari mana-mana pihak.

Foto dan Hakcipta
 - Foto yang dirakam adalah secara rasminya menjadi hakmilik 24 Pixel Studio.
 - Pihak kami akan menyediakan satu salinan dalam bentuk DVD kepada pelanggan.
 - Pihak kami bebas dan berhak untuk menggunakan foto tersebut untuk tujuan promosi, pengiklanan, perniagaan atau apa-apa tujuan promosi tanpa persetujuan pelanggan.

Penyediaan Album dan Penghantaran
 - Tempoh menunggu album adalah diantara 30 hari hingga ke 40 hari bekerja.
 - Kelewatan penghantaran akan dimaklumkan kepada pelanggan.
 - Pihak kami berhak menahan penghantaran album jika bayaran tidak dijelaskan sepenuhnya.
 - Kelewatan kebiasaannya berlaku disebabkan percetakan album dan kerosakan editing album.
______________________________________________________________________

TERMA & SYARAT

VIDEOGRAFI

Servis videografi ditawarkan kepada semua kaum di Malaysia. Jika pelanggan selain melayu pihak pelanggan dikehendaki menyediakan seorang jurupandu untuk kami agar tiada masalah komunikasi atau pelanggaran adat berlaku semasa kami bertugas. Pembayaran adalah dalam Ringgit Malaysia.
Servis videografi untuk pelbagai majlis contohnya, pertunangan, perkahwinan, pehimpunan masyarakat, pelancaran produk, dokumentari,  temubual dan lain-lain lagi.
Servis untuk seluruh negeri di Malaysia. Bagi negeri Sabah dan Serawak tempahan awal dan tambahan caj akan dikenakan.

Pakej Video
 - Harga dan pakej akan dimaklumkan kepada pelanggan melalui whatsapp atau lain-lain medium maklumat.
- Harga pakej adalah tetap.
- Harga tidak termasuk caj luar kawasan.
- Perubahan harga akan dibuat berdasarkan keadaan ekonomi semasa.

Tempahan
 - Tempahan boleh dibuat 1 hingga 5 bulan sebelum majlis dan tertakluk kepada kekosongan.
 - Tempahan rasmi akan dikira selepas bayaran deposit diterima.
 - Deposit hendaklah dibayar semasa tempahan dibuat setelah bersetuju dengan harga pakej kami.

Deposit dan Bayaran
 - Bayaran deposit pada mula tempahan dibuat.
 - Bayaran penuh perlu dijelaskan 1 minggu sebelum majlis berlangsung.
 - Jika bayaran deposit atau bayaran penuh dilakukan secara "online" atau "bank transfer", sila email atau whatsapp bukti pembayaran tersebut kepada kami.
 - Pihak kami berhak menolak tempahan jika tiada pembayaran deposit dibuat.

Videografer
 - Pihak kami berhak mewakili mana-mana videografer yang difikirkan sesuai untuk bertugas.
 - Pertukaran videografer akan dimaklumkan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini atau kecemasan contohnya kematian atau kemalangan.
 - Videografer kami bebas menjalankan tugas sepanjang majlis tanpa gangguan dan arahan dari mana-mana pihak.

Video dan Hakcipta
 - Video yang dirakam adalah secara rasminya menjadi hakmilik 24 Pixel Studio.
 - Pihak kami akan menyediakan 2 salinan dalam bentuk DVD kepada pelanggan.
 - Pihak kami bebas dan berhak untuk menggunakan video tersebut untuk tujuan promosi, pengiklanan, perniagaan atau apa-apa tujuan promosi tanpa persetujuan pelanggan.

Penyediaan DVD Video dan Penghantaran
 - Tempoh menunggu adalah diantara 30 hari hingga ke 40 hari bekerja.
 - Kelewatan penghantaran akan dimaklumkan kepada pelanggan.
 - Pihak kami berhak menahan penghantaran DVD Video jika bayaran tidak dijelaskan sepenuhnya.
 - Kelewatan kebiasaannya berlaku disebabkan proses percetakan cover video  dan kerosakan software editing.
_____________________________________________________________________

TERMA & SYARAT

VISUAL EFFECT,MOTION GRAPHIC & MULTIMEDIA

Servis Visual Effects, Motion Graphic dan Multimedia ditawarkan kepada semua pelanggan yang memerlukannya.
Servis ini melibatkan proses bagi:-
   - Multimedia Video ( design, compositing, editing dan render )
    - Visual effects & Motion graphic( compositing, editing, layering, rotoscoping, keying, alpha channel, matte painting,motion tracking, machmove, green/blue screen dan rendering )
    - Visual effects & Motion graphics menggunakan teknik Layering Base and Timeline.
    - Melibatkan kerja-kerja post production.
    
Pakej 
 - Harga dan pakej akan dimaklumkan kepada pelanggan melalui whatsapp atau lain-lain medium maklumat.
- Harga pakej adalah tetap.
- Harga tidak termasuk caj luar kawasan.
- Perubahan harga akan dibuat berdasarkan keadaan ekonomi semasa.

Tempahan
 - Tempahan boleh dibuat 1 hingga 3 bulan sebelum tarikh penggunaan dan tertakluk kepada kekosongan.
 - Tempahan adalah secara pembayaran penuh sekaligus.
 - Bayaran hendaklah dibayar semasa tempahan dibuat.
 - Bahan-bahan berupa video, gambar, teks, maklumat dan lain-lain yang diperlukan untuk diproses hendaklah diserahkan bersama semasa pembayaran dibuat.

Deposit dan Bayaran
 - Bayaran dalam Ringgit Malaysia.
 - Bayaran dijelaskan sepenuhnya semasa tempahan dibuat.
 - Jika bayaran dilakukan secara "online" atau "bank transfer", sila email atau whatsapp bukti pembayaran tersebut kepada kami.
 - Pihak kami berhak menolak tempahan jika tiada pembayaran penuh tidak dilakukan.

Proses
 - Pihak kami berhak mewakili mana-mana grafik artis yang difikirkan sesuai untuk bertugas.
 - Pertukaran grafik artis akan dimaklumkan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini atau kecemasan contohnya kematian atau kemalangan.
 - Grafik artis kami bebas menjalankan tugas sepanjang proses tanpa gangguan dan arahan dari mana-mana pihak.
 - Pihak kami akan sentiasa berhubung dengan pihak pelanggan dari masa-kesemasa bila keadaan memerlukan bagi memastikan hasil yang terbaik dikehendaki.

Format
 - Format video yang diperlukan serta dihasilkan - MP4, H264 Quick Time (MOV) atau Jpeg, Tiff Sequence.
 - Saiz 2K, 1080P Full HD dan 720P HD.
 - Frame rate 24fps dan 25fps.
 - Jpeg dan Tiff  Sequence (Jika diperlukan sahaja).

Hakcipta
 - Hasil kreatif yang disiapkan  adalah secara rasminya menjadi hakmilik 24 Pixel Studio.
 - Pihak kami akan menyediakan 2 salinan dalam bentuk DVD kepada pelanggan.
 - Pihak kami bebas dan berhak untuk menggunakan hasil kreatif tersebut untuk tujuan promosi, pengiklanan, perniagaan atau apa-apa tujuan promosi tanpa persetujuan pelanggan.

Penyediaan DVD dan Penghantaran
 - Tempoh menunggu adalah diantara 30 hari hingga ke 90 hari bekerja.
 berdasarkan jenis tempahan sama ada (Mutimedia, Visual Effects, Motion Graphics), kerana setiap kategori menggunakan cara dan teknik kerja yang tersendiri.
 - Kelewatan penghantaran akan dimaklumkan kepada pelanggan.
 - Pihak kami berhak menahan penghantaran hasil kreatif tersebut jika bayaran tidak dijelaskan sepenuhnya.
 - Kelewatan kebiasaannya berlaku disebabkan kerosakan software dan hardware semasa proses editing.